BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt. Soalan saya : 1) Apakah yang patut seorang isteri lakukan sekiranya si suami melafazkan "aku dah keluar islam dan nak ke JPN tukar nama" berulang kali. (Dalam keadaan marah) dan langsung tidak mahu menerima teguran walau telah dinasihat berulang kali. 2) Sekiranya si isteri meminta si suami mengucap di hadapannya dan bertaubat atas perbuatan tersebut namun suami enggan berbuat demikian dan hanya menjawab "saya dah mengucap" adakah ia memadai, kerana si isteri masih was-was dengan jawapan tersebut. 3) Kepada siapakah saya harus merujuk berkenaan perkara seperti ini? Kerana terlalu banyak perbuatan dan kata-kata suami yang saya khuatiri boleh melanggar akidah dan saya sangat memerlukan bantuan kaunseling. Saya sangat bingung.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Walaupun lafaz tersebut merupakan antara tanda-tanda seorang itu telah keluar Islam, tetapi dari segi undang-undang ia masih tetap seorang Islam. Ini kerana hanya Mahkamah Tinggi Syariah sahaja yang berbidang kuasa menentukan kedudukan aqidah seseorang. JPN sendiri pun tidak berbidang kuasa. 2. Sebagai isteri, adalah lebih baik untuk bertindak lebih berhikmah. Tidak mendesak. Sebaliknya bertindaklah menjadi isteri yang terbaik dari segi kasih sayang dan tanggungjawab (dakwah bil hal). Terimalah pengakuannya sebagai sudah mengucap. Berserah dan bertawakkallah kepada Allah SWT dengan diperkukuhkan lagi dengan doa. 3. Jabatan ini bersedia memberikan kaunseling dengan syarat suami puan bersedia dan memberi kerjasama untuk hadir. Sebelum itu adalah dialu-alukan jika puan boleh datang ke Unit Khidmat Nasihat (Penasihatan Aqidah) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan profile dan latar belakang suami puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 174

message user image