BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Ayah saya baru meninggal dunia pada 22 Februari 2020 yang lalu. Meninggalkan seorang balu dan 8 orang anak yang semuanya telah bekerja. Emak saya telah berumur 71 tahun. Soalan saya ; Bolehkan saya membawa emak saya untuk menguruskan pertukaran nama akaun penerima pencen dari arwah ayah ke emak di putrajaya? Saya memahami perempuan yang kematian suaminya tidak boleh keluar rumah selama 4 bulan 10 hari.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tuan boleh membawa emak ke Putrajaya bagi menguruskan pertukaran nama tersebut. Keharusan untuk keluar rumah bagi wanita yang sedang beriddah mestilah ditemani mahramnya dan pada siang hari sahaja. Justeru, rancanglah perjalanan pergi dan balik. Keharusan ini termasuklah untuk mencari nafkah dan sebarang urusan berkaitan hajat manusia. Mereka juga boleh berbicara dengan ahli keluarganya, menguruskan hal ehwal anak-anak dan rumahnya, serta mendapatkan keperluan asas hidupnya. Keharusan ini adalah berdasarkan kepada dalil yang diriwayatkan daripada Mujahid bahawa ramai lelaki yang gugur syahid dalam peperangan Uhud, lalu balu-balu mereka datang bertemu Rasulullah SAW meminta kebenaran untuk tidur di rumah sesama mereka kerana kesunyian pada waktu malam. Baginda SAW pun bersabda: تحدثن عند إحداكن ما بدا لكن فإذا أردتن النوم فلتؤب كل امرأة منكن إلى بيتها Maksudnya: Berbicaralah sesama kamu apa yang sepatutnya. Akan tetapi apabila tiba masa kamu ingin tidur (pada waktu malam), maka beredarlah setiap daripada kamu ke rumah masing-masing. (Riwayat al-Baihaqi) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 143

message user image