BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah yang boleh saya lakukan apabila berlaku kematian saudara terdekat yang bukan Muslim. Adakah haram untuk saya mendoakannya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak dibenarkan untuk mendoakan saudara yang bukan muslim tersebut. Hal ini kerana Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (an-Nisaa' : 48) Namun, sekiranya masih ada saudara bukan muslim yang masih hidup diharuskan untuk mendoakan hidayah kepada mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 124

message user image