BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Saya nasirudzin shah bin abdul hadi Ingin bertanya dan mendapatkan pencerahan dari pihak atau ahli yang berkaitan insurans 1.adakah insuran kenderaan itu halal? 2.adakah insuran untuk penyakit misalan sakit jantung,kanser,buah pinggang,dan strok itu halal?sedangkan pembayaran setiap bulan sebanyak rm37.00 dan had maximum tuntutan sebanyak rm100000 3.adakah insuran itu memang tidak patut ada dalam islam? Dan jika ada mohon kemukakan hujah-hujah,dalil dan Nas jika ada....


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, secara umumnya, semua jenis insurans konvensional sama ada insurans kenderaan, insurans nyawa, insurans am adalah haram, kerana berasaskan riba’. 1. Insurans kenderaan yang menggunakan skim takaful adalah halal. 2. Jika insurans tersebut merupakan skim takaful, ia adalah halal. 3. Insurans perlu ada dalam Islam kerana ia merupakan muamalah dalam kehidupan umat Islam. Justeru, carilah produk insurans yang islamic yang patuh syariah iaitu takaful. Sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Keharusan pelaksanaan takaful telah diputuskan melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep dan pelaksanaan takaful di Malaysia adalah bertepatan dengan syariat Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 331

message user image