BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya mengaku dulu saya teruk. Sekarang selepas berkahwin lebih 2 tahun Alhamdulillah saya solat tak tinggal. Saya tinggalkan semua bendea buruk yang dulu. Tetapi ustaz, saya nk tanya, jatuh talak atau tidak jika saya TERPAKSA cakap dengan perempuan zaman silam saya yang saya sudah cerai dengan isteri saya sekarang hanya kerana saya diugut oleh dia kerana dia ingin membuka aib saya kepada isteri saya. Saya tidak mahu isteri saya tahu zaman silam saya yang teruk. Oleh sebab itu saya menipu perempuan itu. Waktu saya menipu dia saya tak terfikir langsung kesan ke atas tindakan saya. Saya tertekan dan takut akan ugutan beliau. Saya menipu kerana saya taknak maruah saya tercemar dan taknak buka aib saya sendiri. Saya pertahankan maruah saya dengan isteri saya. Waktu saya menghantar msg kepada perempuan itu bahawa saya sudah cerai langsung tiada niat saya untuk bercerai hanya memikirkan soal saya ingin menutup aib saya kepada isteri saya. Harap ustaz dapat menjawab soalan saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perkara ini bukanlah berkaitan dengan lafaz cerai. Apa yang difahami, tuan hanya mengaku telah bercerai dengan wanita tersebut, tapi tipu. Hukum tipu jadi berdosa. Tetapi talak tidak jatuh. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 104

message user image