BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalakulaikum tuan/puan Bagaimana cara yang paling sesuai untuk bertaubat. Mengaji Quran pun tak pandai tapi hati sentiasa terdetik untuk bertaubat. Hati sentiasa terdetik untuk taubat tapi apabila membuat solat hati seolah-olah begitu keras untuk menyesali apa yang telah lakukan selama ini. Adakah Allah telah menarik semua hidayah daripada. Saban hari ada masanya hati begitu takut bila mengenangkannya. Apa yang perlu saya lakukan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, terdetik untuk bertaubat dan perasaan takut itu sudah merupakan permulaan bertaubat. Justeru saudara perlu “lawan” perasaan keras hati saudara dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan tingkatkan ibadat bagi melembutkan hati saudara. Lakukanlah secara istiqamah Allah sentiasa membuka ruang kepada hambaNya untuk bertaubat. Rahmat dan kasih sayang Allah mengatasi segala kemurkaannya. Allah tidak menarik (mengubah) pendirian seseorang itu melainkan diri sendiri yang mengubah/ membentuknya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (ar-Ra'd : 11) Terus berusaha, berdoa, bertawakkal dan mengharap serta tidak berputus asa merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam kesempatan yang ada. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 137

message user image