BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Suami ada buka syarikat (bisnes sendiri) dan syarikat yg buka atas nama suami & isteri.(sayarikat bersama) Setelah peniagaan dijalankan isteri diberi gaji bulanan. Sejak itu suami tidak pernah memberi nafkah wang kpd isteri. Isteri jg bekerja di tempat lain sebab kewangan syarikat tidak menentu. belanja dapur kadang2 diberi kadang tak bagi oleh suami , keperluan dapur isteri belanja dgn duit gaji yang diperlolehi dari bekerja tempat lain. Suami juga ada membeli sebidang tanah kelapa sawit dan suami x mampu utk membayar loan bulanan kpd bank sendirian dan mengajak isteri menanggung separuh dan suami separuh. ( paksa rela) Gaji isteri yang dapat dari syarikat suami itulah digunakan untuk membayar loan kpd bank. Maka setiap bulan isteri tidak mendapat wang nafkahnya. Boleh saya tahu apakah cara yang suami saya buat ini bertul mengikut hukum syarak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan puan, dalam perkongsian membina keluarga, bahkan memang ada tanggungjawab tertentu bagi suami dan isteri. Nafkah memang menjadi kewajipan suami mengikut kemampuannya. Manakala isteri yang keluar bekerja pula, perlu mendapat keizinan daripada suami. Justeru, isteri membantu suami dalam masalah kewangan seperti berniaga dan membeli tanah (aset) adalah bagi tujuan kebaikan keluarga pada masa depan. Mempersoalkan hak dan tanggungjawab dalam rumahtangga lebih-lebih lagi secara keterlaluan tidak akan ada kesudahannya. Bahkan boleh menjejaskan kerukunan rumahtanggaa kerana tiada pihak yang mengadili sepertimana di mahkamah. Komunikasi rumahtangga dalam hal hak dan tanggungjawab perlu ada tolak ansur. Kalau tidak memberi kasih sayang bagaimana kita akan dapat kasih sayang. Sebaliknya jika kita beri masalah, kita hanya akan berada dalam masalah. Turutlah serta membina keluarga bahagia bersama-sama. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 181

message user image