Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, sekiranya saya membasuh tempat yang bernajis dalam bilik air dan air itu terpercik masuk dalam baldi yang bertakung air yang mutlak. Adakah baldi itu telah menjadi najis dan perlukah saya membersihkan baldi tersebut atau cukup sekadar membuang air di dalam baldi tersebut
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, percikan air tersebut hendaklah dipastikan dalam dua keadaan : 1. Jika diyakini air yang terpercik itu sebelum terkena najis, maka ia adalah suci. 2. Jika didapati air itu terpercik selepas terkena najis, maka air di dalam baldi itu menjadi mutanajjis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.