BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalmualaikum.. Izinkan saya bertanyakan satu soalan. baru-baru ini, kerap terlintas di dalam hati saya bahawa saya telah keluar dari islam dan lintasan hati yang boleh menyebabkan saya murtad/kekufuran sedangkan kesemua lintasan itu wujud dengan sendirinya tanpa saya berfikir dan bukan dari kerelaan saya langsung. Kadangkala menganggu saya apabila saya ingin mengerjakan ibadat. ini menyebabkan saya risau dan saya sering memperbaharui keimanan saya dengan kerap beristigfar dan mengucap syahadah untuk mengelakkan diri dari lintasan yang bukan bukan itu. adakah saya dijatuhkan sebagai murtad/kufur dalam hal ini ?


message user image

Jawapan  

Lintasan hati merupakan satu keadaan yang berlaku kepada ramai orang, malah mungkin semua orang. Bezanya dari segi mengawal dan mengurus lintasan hati yang bersifat negatif seperti yang saudara alami. Untuk itu saudari perlu berusaha “melawan” lintasan-lintasan tersebut; i. Dengan sentiasa berzikir kepada Allah SWT. ii. Tidak “melayan” lintasan-lintasan tersebut dengan fikiran dan perasaan, sebaliknya gantikan dengan perkara-perkara yang baik, dengan meningkatkan kerja-kerja amal soleh/ ibadat. iii. Sibukkan diri dengan kerja-kerja kebajikan serta elakkan berada bersendirian dalam tempoh yang panjang. iv. Dapatkan rawatan dan nasihat kaunselor bertauliah. Lintasan yang tidak dengan kehendak saudari, tidak diambil kira dari segi hukum, dan tidak berlakulah hukum-hukum murtad kepada saudara, bagaimanapun ia hendaklah diusahakan untuk tidak dibiasakan berterusan, ditakuti secara tidak sedar akan dilafazkan. Oleh itu hendaklah sentiasa memperbaharui syahadah dengan mengucap kalimah syahadah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Perbaharuilah iman kamu” Rasulullah ditanya :”Bagaimana cara untuk memperbaharui iman kami?”. Rasulullah SAW jawab : “Perbanyakkan berkata لا اله الا الله. (رواه أحمد والحكم والطبراني). Allah Maha Pengampun. Pengampunan (Rahmat) Allah mengatasi kemurkaannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 228

message user image