BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Soalan saya: 1. Apa hukum melakukan tawaf sunat ketika haid? (umrah telah selesai sebelum dtg haid) Ketika itu melakukan tawaf sunat dengan memikirkan ia tidak salah. 2. Jika salah dan perlu bayar dam, apa boleh buat jika telah pulang dr Mekah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, suci daripada hadas (kecil dan besar) adalah syarat sah tawaf sama ada tawaf rukun (ifadhah) atau tawaf sunat. Oleh itu tawaf sunat puan adalah tidak sah. Bagaimanapun, oleh kerana puan jahil dalam hal ini, puan dimaafkan tidak dikira sebagai mempermainkan ibadat (tawaf). Tidak ada dam, tetapi puan hendaklah bertaubat dan wajib belajar perkara-perkara ibadat yang hendak dilakukan pada masa-masa akan datang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 79

message user image