BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalamu'alaikum,sy dan isteri sudah bkahwin hampir 7 tahun.dari awal pkahwinn (sebelum ada anak) isteri sy pernah menolak ajakan sy utk bsama beberapa kali,tp selepas bbaik,isteri mjalankn tugasnya kembali sbg isteri (nafkah batin).tp perkara tsebut berulang apabila ada masalah di antara kami,sehingga kini.sy pernah menegurnya,tp perkara tsebut sentiasa berulang.ay tidak pernah memukul isteri sy,tp apabila dlm keadaan marah sy selalu memarahinya dgn cacian kasar.selalunya sy yg beralah,dan isteri sy tidak pernah meminta maaf atas sgl ksalahn dan ksilapnnya.isteri sy bkerja dan sy benarkan dia tidak mmasak,dan jg dgn ksepakatn sejak sblm kahwin,pkerjaannya utk mringankn beban sy.namun kini isteri sy mpertikaikn masalah wang dan katanya sy tidak mampu mjalankn tgungjwb seorang suami,sdgkan rumah,segala bil tmasuk telefon sy dan isteri di bwh tanggungn sy.sy juga mpunyai anak perempuan berumur 5 tahun.kini isteri sy minta diceraikan.melalui cerita sy dari awal,sy ingin tahu,apakah jatuh nusyuz pd isteri kerana menolak ajakan sy?apakah sy tiada hak ke atas wang kerja isteri sy wpon sy dan isteri sudah mcapai psetujuan sblm kahwin?nafkah thadap isteri dan anak jika kami bcerai?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan tuan, isteri yang menolak ajakan suaminya untuk bersama tanpa sebarang keuzuran, hukumnya adalah berdosa. Ini jelas sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: إذَا دَعَا الَرَّجُلُ امْرَأَتَهُ اِلىَ فِرَاشِهِ فَأَبَتْ اَنْ تَجِئَ لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, lantas ia tidak mahu datang, maka malaikat melaknatinya sehingga ke subuh” (Riwayat al-Bukhari) Dalam bab nafkah, suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Namun, sekiranya suami kurang berkemampuan dan isteri redha, maka suami boleh meminta bantuan isteri dalam mengurangkan tanggungan suami dari segi keperluan nafkah, kerana setiap pasangan perlu saling tolong-menolong dan bekerjasana dalam rumahtangga. Jika berlaku perceraian, suami wajib memberi nafkah semasa isteri berada dalam iddah sahaja. Manakala nafkah anak perempuan, menjadi kewajipan bapa menanggungnya sehinggalah anak tersebut berkahwin. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 66

message user image