BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya.. adakah boleh seorang anak mengajarkan ayah yang sedang nazak dengan ucapan "Allahu akbar?" Sebab saya penah terdengar ustaz² berkata.. ajari org yg tgh menghadapi sakaratul maut dgn ucapan yg ringkas... adakah itu termasuk syahadah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, seorang anak yang menjaga ayahnya yang nazak boleh mengajarkannya dengan kalimah-kalimah tauhid dan berkata perkara-perkara yang baik. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Ajarkanlah orang yang hampir mati dalam kalangan kamu dengan لا إله إلا الله.” (Riwayat Muslim) Kalimah Allahu Akbar bukanlah kalimah syahadah sebagaimana kita sedia maklum kalimah syahadah ialah (أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ وأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ ٱللَّٰه). Adapun, kalimah Allahu Akbar adalah salah satu kalimah tauhid iaitu keimanan/ ketauhidan kita kepada Allah Yang Maha Besar. Selain itu mereka yang berada disisi orang yang nazak perlu mengingatkan agar dia sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin ‘Abdillah RA katanya, Nabi SAW bersabda ; لاَ يَمُوْتَنَّ أَحَدَكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللهِ الظَّنَّ Maksudnya : “Jangan seseorang daripada kamu mati melainkan berada dalam keadaan bersangka baik dengan Allah” (Riwayat Muslim) Disamping itu, orang yang sedang nazak dituntut untuk memohon keampunan dan rahmat Allah SWT serta bersabar dan redha dengan ketentuanNya, agar beroleh pahala dari Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 120

message user image