BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengemukakan satu soalan iaitu, Apakah hukum jika seorang wanita memuat naik gambar bayang-bayangnya yang tidak menutup aurat sehingga mendesahkan bahagian leher, rambut dan bentuk badannya ke media sosial yang umum tanpa sesiapa tahu pemilik bayang-bayang itu? Segala bantuan dan perhatian pihak tuan puan saya dahulukan dengan jazzakumullah kathira. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum memuat naik gambar bayang-bayang tersebut adalah haram sekiranya menaikkan nafsu syahwat lelaki. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 346

message user image