BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan, kisah saya seperti ini. Sy melaksanakan kerja2 sy mengikut prosedur yg telah ditetapkan dan akhir sekali keputusan kes akan diputuskan oleh Tim. Pendakwa Raya bukannya sy. Soalan sy setelah selesai kes di mahkamah, kadang2 sy diberi sejumlah sumbangan berbentuk wang ringgit tanda terima kasih oleh pihak tertuduh kerana perkhidmatan sy dalam menyelesaikan kes tersebut walaupun ada di antara mereka yag didakwa, dipenjara, didenda atau diusir. Apakah status sumbangan tersebut? Adakah kita boleh terima sumbangan itu ataupun tidak? Apakah hukum jika sy menerima sumbangan itu? Sy sgt keliru dgn keadaan ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sebagai penjawat awam yang telah dilantik, perilaku menerima hadiah daripada seseorang atas kapasiti kita sebagai penjawat awam adalah salah di sisi Undang-undang. Dalam kenyataan SPRM mengatakan bahawa ; “Peneriman atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan rasuah sekiranya pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal. ( Rujuk Para 12 – PP 3/1998 ) Nota: Keadaan ini juga merangkumi penjawat awam, swasta dan orang awam.” Kesimpulannya, sebagai penjawat awam, sekiranya menerima hadiah daripada seseorang disebabkan tugas rasmi perlulah melaporkannya kepada Ketua Jabatan bagi kelulusan. Oleh itu, pihak tuan perlu melaporkan hadiah yang diterima kepada Ketua Jabatan. Sebagaimana Akta SPRM tuan boleh dikira bersalah menerimanya kerana ia sebahagian dari aktiviti rasuah. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Thauban RA yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara yang bersifat penghubung antara kedua-duanya” (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 96

message user image