BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah aplikasi cashzine iaitu aplikasi yang memberikan ganjaran wang kepada pengguna apabila pengguna tersebut membaca artikel atau berkongsi artikel tersebut kepada rakan lain. Pengguna menggunakan aplikasi ini untuk menjana pendapatan sampingan sehingga lebih daripada rm100 sehari. Oleh itu, adakah ia dibolehkan di dalam islam ? terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, secara ringkasnya, aplikasi Cashzine ini menyediakan pelbagai artikel dengan pelbagai kategori seperti sukan, berita, kesihatan dan pelbagai lagi. Dengan anda membaca sahaja artikel yang disediakan, anda akan dihadiahkan coins dan akhirnya boleh ditukarkan kepada tunai atau duit sebenar iaitu Ringgit Malaysia. Dalam aplikasi Cashzine, pendapatan itu dapat diperoleh melalui dua mekanisme. Pertama, dengan membaca berita yang disampaikan oleh aplikasi. Dari setiap akses berita, pengguna aplikasi mendapat coins. Dalam peraturan mereka, mereka menyeragamkan bahawa 1,000 coins Cashzine dapat ditukar dengan RM1. Kedua, pengguna hanya perlu kongsikan artikel yang dibaca tersebut samada melalui Whatsapp, Facebook, Twitter atau mana-mana platfom media sosial. Setiap orang yang membaca artikel tersebut melalui aplikasi Cashzine pengguna akan memperolehi coins tambahan ke dalam akaun Cashzine. Oleh itu, pihak kami berpandangan bahawa adalah dibolehkan menggunakan aplikasi tersebut dalam menjana pendapatan selagi mana bahan yang disediakan oleh pihak developer aplikasi tersebut merupakan hak mereka sendiri dan bukan hak dari medium lain yang diambil tanpa keizinan atau istilahnya mencuri maklumat dari sumber orang lain. Jika perkara tersebut berlaku, maka haram hukumnya menggunakan aplikasi ini dalam menjana pendapatan. Ia berdasarkan akad ujrah (أجره) iaitu upah kerana membaca atau dikongsikan kepada orang lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 281

message user image