Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukumnya kita menuangkan air zam zam di tanah biasa seperti di malaysia.apakah terdapat kesan kemudaratan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, air zamzam merupakan air terbaik dimuka bumi (penghulu segala air). Ia mempunyai keberkatan dan manfaat kepada peminumnya. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Zar RA bahawa Nabi SAW bersabda pada air zam-zam: إِنَّها مُبارَكَةً، وَإِنَّها طَعامُ طُعْمٍ وَشِفاءُ سُقْمٍ Maksudnya: “Sesungguhnya ia adalah berkat, dan ia adalah makanan yang mengenyangkan serta penyembuh kepada penyakit”. (Riwayat Muslim) Oleh itu menuangkan air tersebut ke tanah tergolong dalam perbuatan membazir yang wajib dielakkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.