Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah sah mandi wajib saya jika saya mandi di rumah meratakan air di seluruh badan tanpa meratakan air di rambut, kemudian saya ke salon rambut untuk cuci dan ratakan air di rambut di salon?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, adalah sah mandi wajibnya dengan syarat tidak berlaku perkara yang menyebabkan hadas besar diantara sela masa tersebut (dari rumah ke salon rambut). Begitu juga mestilah gunakan air mutlak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.