BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Apa hukum mengambil barang yang diputuskan oleh mahkamah untuk dilupuskan? Jika barang tersebut masih boleh dipakai?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, terdapat tatacara yang perlu dipatuhi dalam proses pelupusan barang kes mahkamah. Harus untuk mengambil barang tersebut sekiranya mematuhi semua tatacara yang telah ditetapkan dalam proses pelupusan barang kes tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 86

message user image