Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: kakitangan non muslim sy membuat claim makanan untuk client dari restoren yang non halal. bolehkah sy meluluskan permohonan pembayaran tersebut. syarikat kami 100% muslim owner. jazakAllah
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abi Abdillah Nu’man bin Basyir, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan” (Riwayat al-Bukhari) Kesimpulannya, tuntutan yang diberikan oleh kakitangan tersebut adalah haknya yang perlu dan harus dilunaskan oleh syarikat kepadanya. Namun adalah lebih baik untuk jangka masa akan datang syarikat yang 100% muslim, sewajarnya pihak syarikat mewujudkan polisi atau peraturan supaya segala perbelanjaan, tuntutan dan sebagainya mestilah patuh syariah. Tidak mencampur adukkan antara halal dan tidak halal, ini bagi mengelakkan keraguan atau syubhah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.