BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Soalan: Wajibkah saya keluarkan zakat simpanan walaupun saya telah tiada pekerjaan dan hanya bergantung kepada wang simpanan untuk perbelanjaan seharian? Sekian.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sekalipun tidak bekerja adalah wajib hukumya mengeluarkan zakat sekiranya simpanan melebihi nisab (85 gram emas) iaitu dengan kadar bayaran 2.5% daripada baki terakhir simpanan. Semua jenis simpanan akan dicampurkan, simpanan Tabung Haji, di bank-bank lain, nilai tunai polisi takaful dan lain-lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 104

message user image