BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt ustaz, Bolehkan saya melakukan solat baadiyah zohor 4 rakaat 2 salam selepas menjamakkan solat zuhur dan asar (jamak taqdim) semasa dalam musafir?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, anjuran Rasulullah SAW berkaitan dengan urutan Solat Rawatib (مؤكدة) ialah: 1. 2 rakaat - sebelum solat subuh 2. 4 rakaat - sebelum solat zuhur 3. 2 rakaat - selepas solat zuhur 4. 2 rakaat - selepas solat maghrib 5. 2 rakaat - selepas solat isyak Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَع رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ Maksudnya: “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Riwayat al-Tirmizi) Sheikh Zakariya al-Ansari (Mazhab Syafii’) berpandangan: “Jika seseorang menjamakkan solat zohor dan asar secara jamak taqdim ataupun ta’khir, dia solat sunat qabliah zohor dahulu, kemudian baru menjamakkan dua solat fardu (iaitu zohor dan asar), kemudian solat sunat ba’diah zohor kemudian baru solat sunat asar.” (Rujuk Asna Matalib Fi Syarh Raud al-Talib). Kesimpulannya, tiada halangan untuk melaksanakan solat rawatib sebelum atau selepas solat jamak dan qasar dengan syarat mengikut urutan sepertimana yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 88

message user image