BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, saya nk tnya soalan, apa hukum pkai braces? Gigi saya jarak agak bnyak di hadapan sebagai seorang guru, saya rasa segan bila nak berkomunikasi dengan waris dan murid². Dgn situasi dan asbab saya ni apakah hukum pkai braces? Terima kasih. ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, pemakaian pendakap gigi (braces) dihukumkan berdasarkan kepada niat pemakainya. Harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Ia juga dibenarkan untuk dilakukan bagi memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan. Jika ia dipakai untuk tujuan kecantikan, kebanggaan dan penipuan hukumnya adalah haram. Justeru, adalah harus puan memakainya dengan sebab boleh menghilangkan keaiban pada diri. Sebaiknya rujuk kepada doktor pakar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 182

message user image