BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya pakai selipar terpijak najis anjing. Saya tersalah kaedah dimana saya cuci 6 kali tanah 1 air mutlak(saya guna air paip)then kalau saya pijak lantai kira lantai tu najis x ustaz. Kalau najis maka setiap langkah saya guna selipar tu najis la ustaz?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, kaedah menyucikan najis mughallazah adalah dengan cara 1 kali basuhan air tanah dan dibilas dengan 6 kali basuhan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ Maksudnya: “Sucinya bekas salah seorang di antara kamu apabila ia (bekas) dijilat Anjing adalah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh kali dan yang pertama (basuhan) dengan tanah”. (Riwayat Muslim) Seliper itu hanya perlu dibilas 6 kali air mutlak sahaja kerana tuan sudah basuh dengan air tanah. Lantai dan setiap langkah tuan dengan menggunakan seliper tidak menjadi najis kerana tiada ain najis tersebut. Namun, jika basah dan meninggalkan kesan, maka wajib dibasuh sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 172

message user image