BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, 1-Arwah ayah meninggal pada umur 52 tahun iaitu pada Nov 2019. ayah terlantar sakit selama 2 tahun, dan sebelum itu dia sakit on off bertahun, jadi ayah tidah berpuasa pada beberapa tahun itu. Sewaktu ayah sihat adakala sy lihat arwah ayah tidak berpuasa, boleh kah saya membayar fidyah ayah dari ayah berumur 20 tahun hingga 52 tahun? iaitu 30hari x 32 tahun. Bolehkah sy membayar untuk ayah sebanyak itu untuk ayah disana? sebab saya tak tahu jumlah sebenar hari puasa yang ditinggalkan. 2-Boleh kah membayar fidyah dan upah haji ayah menggunakan harta pusakanya? (duit EPF), selebihnya baru dibahagikan secara faraid.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Sebagai anak, puan boleh membayarkan fidyah bagi pihak arwah ayah. Sebaiknya bayaran tersebut hendaklah menggunakan harta peninggalan arwah sendiri sebelum difaraidkan, kerana ia termasuk hutang yang perlu dijelaskan. 2. Puan juga boleh membayarkan fidyah dan upah haji menggunakan harta arwah sebelum urusan faraid dilakukan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 92

message user image