BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanyakan berkaitan dgn ziarah Thaif semasa mengerjakan umrah. Semasa saya mengerjakan umrah itu, belum ada ketetapan dari pihak berwajib seperti TH tentang perlunya tawaf wada utk pergi ziarah Thaif dan kembali ke Makkah. Ini kerana menurut mutawwif saya pada masa itu tidak perlu tawaf wada disebabkan kami memang akan kembali ke Makkah untuk sambung mengerjakan umrah. Bagaimana pun saya mendapat tahu baru baru ini bahawa TH telah menetapkan bahawa wajib tawaf wada dahulu sebelum pergi ziarah Thaif. Jika tidak buat tawaf wada maka dam dikenakan. Soalan saya adakah saya dan isteri juga dikenakan dam sekarang kerana pada masa itu belum ada hukum yang dikeluarkan. Wallahualam. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, oleh kerana belum ada ketetapan (perlu tawaf wada’ kerana ke Thaif), dan telah dijelaskan oleh mutawwif, tuan tidak berdosa dan tidak perlu bayar dam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 133

message user image