BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz saya ada soalan berkaitan harta peninggalan arwah pakcik saya. Arwah bujang tidak berkahwin, tidak ada anak, ibu bapa arwah juga sudah meninggal dunia yg hidup hanya ada adik beradik. Arwah tinggal serumah bersama saya dan ibu bapa saya. Semasa hayatnya arwah pernah berniat untuk menghibahkan harta beliau kepada saya dan mengamanahkan saya untuk menguruskannya tetapi kerana sudah sampai ajal beliau tidak sempat membuat hibah tersebut. Arwah juga berkata yg beliau tidak akan memberi harta beliau kepada saya atau sesiapa dalam keluarga melainkan harta itu digunakan untuk menambah amal ibadat beliau sendiri. Kata-kata ini keluar dari mulut arwah sendiri semasa hidup kepada saya bersaksikan ibu saya. Kerana tidak sempat membuat hibah harta arwah dibahagi kepada adik beradik mengikut sistem faraid. Soalan saya adakah harta arwah ini halal dimakan adik beradik untuk kegunaan seharian berdasarkan kata-kata yang dilafazkan oleh beliau semasa hidup. Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

Apabila harta peninggalan simati telah diuruskan pembahagiannya mengikut kaedah faraid dan telah selesai dibuat pembahagian kepada waris-waris yang ada iaitu adik-beradiknya, maka halal hukumya harta tersebut terhadap waris yang ada. Harta warisan tersebut boleh dimakan atau digunakan untuk kehidupan harian oleh adik-beradiknya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 77

message user image