Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Soalan saya untuk tanya pendapat... Ayah saya telah meninggal dunia...Perlu ke Saya meletakan nama ayah saya dalam kad perkahwinan... di takuti orang tidak mengenali sy yang saya anak kepada arwah ayah.. Atau di dalam kad :- 1- meletakan Allahyarham.. 2- nama ibu di atas bawah nama ayah..perlu ke letak Allahyarham... Atau -tidak perlu letak nama arwah
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, dibolehkan dan tidak menjadi kesalahan meletakkan nama almarhum pada nama bapa di dalam kad perkahwinan bagi memudahkan kenalan arwah untuk mengenali serta hadir ke majlis walimah tersebut. Nasab itu kekal hingga selepas mati. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Abi Darda’ katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda : إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ Maksudnya : “Sesungguhnya pada hari kiamat kelak manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing (sepertimana nama di dunia). Oleh itu pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian.” (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.