BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada soalan yang ingin diajukan kepada pihak tuan. Baru-baru ini, saya dan rakan saya ada ke kedai hardware untuk membeli peralatan untuk mengecat rumah. Dan rakan saya telah membeli berus cat yang diperbuat dari bulu khinzir. Apabila ditanya, beliau menjawab yang beliau pernah menggunakan berus tersebut dan mengatakan tidak mengapa menggunakan berus tersebut kerana apabila terkena atau menggunakan berus tersebut, hanya cuci sahaja. Persoalan saya; (a) Apa hukum bagi kita menggunakan berus cat yang diperbuat dari bulu khinzir? (b) Jika terpegang bulu berus tersebut atau pemegang berus, perlukah disertu dengan air tanah dan air bersih sebanyak 7 kali? (c) Bagaimana hukum jika kita telah mengecat peralatan, barang-barang dan dinding rumah menggunakan berus bulu khinzir sedangkan kita tahu yang berus itu diperbuat dari bahan binatang yang haram?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, a. Berus yang diperbuat dari bulu khinzir adalah perlu dielakkan kerana najis. b. Ya, perlu disertu dengan 1 kali air bercampur tanah dan 6 kali air mutlak apabila memegang berus bulu khinzir tersebut, jika basah. c. Perlu disertu kerana tuan sememangnya mengetahui bahawa berus cat tersebut adalah diperbuat dari bulu khinzir (jika basah). Jika kering dengan kering tidak najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 478

message user image