BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum . Kebelakangan ni saya rasa takut dengan mati dan rasa semakin hampir dengan ajal saya . Perasaan takut tu datang tiba tiba dan membuatkan saya resah dan tidak tenang dalam menjalani kehidupan harian saya . Disini saya ada 2 soalan : 1.adakah setiap orang yang akan meninggal dunia akan mendapat petanda bahawa ajal nya sudah dekat ? Seperti petanda sakit kepala di bahagian dahi , telinga berdengung , petanda 100 hari 40 hari dan sebagainya . Kerana saya ada baca artikel di google berkenaan petanda itu . Adakah ia sahih ? 2.Adakah penglihatan mata kabur itu juga 1 petanda ajal kita hampir . Kerana mata saya tiba tiba sahaja jadi kabur selepas rasa takut itu muncul . Saya ada pergi pemeriksaan di klinik yang mengatakan saya tertekan tapi saya musykil dengan perasaan takut ini .Adakah ajal saya memang sudah hampir ?Naluri ini datang dari mana ? Allah atau pun syaitan yang hendak menggangu saya .


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Takut mati atau tidak, kematian pasti tetap datang bila tiba masanya yang tiada siapa mengetahuinya kecuali Allah SWT. Orang yang beriman dan beramal, tidak akan rasa takut mati. Perasaan takut, kerana tidak mempunyai persediaan, dan jauh daripada Allah SWT. 2. Perasaan takut yang berlebihan boleh memberi kesan psikologi hingga terkesan kepada fizikal. Bebaskan dari rasa takut berlebihan dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Serah kepada ketentuan Allah SWT. Sebab tidak semestinya apabila ajal sampai mempunyai tanda. Jika pun ada yang akan rasa sebagai tanda, ia bukanlah satu kepastian. Berhubung dengan gangguan sememangnya Allah menjadikan kehidupan ini suatu ujian bagi menentukan siapa yang terbaik amalannya. Manakala syaitan pula Allah telah beri keizinan menyesatkan manusia, kecuali mereka dari kalangan hambaNya yang soleh serta ikhlas. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". (al-Hijr : 40) Firman Allah SWT : كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (Ali’Imran : 185) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 153

message user image