BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 1. Pada masa ini di media sosial, terdapat ramai peniaga dalam talian yang berniaga pelbagai barangan. Saya dapati ramai juga antara mereka menjual barangan tiruan seperti beg & kasut berjenama tiruan pada harga yang sangat murah. 2. Dari segi undang-undang di Malaysia, saya tahu ia merupakan satu kesalahan bila menjual barangan tiruan. 3. Bagaimana pula dari segi hukum Islam bagi mereka yang menjual barangan tiruan? Adakah hasil pendapatan mereka halal atau haram? 4. Dan bagaimana pula orang yang membeli barangan tiruan, adakah berdosa? 5. Diharap dapat penjelasan dari Pejabat Mufti kerana saya lihat semakin ramai peniaga yang beragama Islam dalam talian yang menjual barangan tiruan. Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Islam mengiktiraf hak cipta sebagai harta intelek. Penjualan barangan tiruan hukumnya adalah : 1. Haram kerana makan harta dengan jalan batil, ia menjejaskan pemilik sebenar jenama tersebut. firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)” (an-Nisa’ : 29) 2. Haram kerana menipu orang ramai yang tidak tahu ia tiruan, namun jual belinya sah kerana cukup rukun dan syaratnya. Penjual yang tahu ia adalah barang tiruan tetapi tidak memaklumkan kepada pelanggan maka dosanya ditanggung oleh penjual. Tetapi, jika dia menjualnya dengan ada kebenaran dan keizinan daripada pemilik jenama asal dan tidak menyalahi undang-undang negara, hukumnya adalah harus. Namun, jika sebaliknya, hukumnya adalah haram kerana menyalahi etika dan peraturan perniagaan, kerana harta intelek telah diiktiraf dalam Islam sebagai harta persendirian. Ia diharamkan kerana makan harta dengan jalan batil, serta menjejaskan pemilik sebenar jenama asal. Adapun, jual belinya sah kerana cukup rukun dan syaratnya. Walau bagaimanapun, menjalankan perniagaan barangan tiruan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 166

message user image