BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Tuan, Soalan saya ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan suami saya, cuma ingin mengetahui dengan jelas mengenai persolan ini. Saya seorang isteri yang bekerja dengan gaji kasar RM2000, manakala suami saya gaji kasar hampir RM5000. Kami masih belum mepunyai anak walaupun sudah 5 tahun berkahwin. Persoalannya patutkah suami saya tidak memberikan belanja dapur dan perbelanjaan lain kerana saya bekerja? Kalau beri pun hanya dalam 20-30 setiap kali kami ke pasar untuk memberi barang masak selama seminggu. Suami hanya bayar bulan rumah kepada bank dan api air sahaja kerana kereta sudah habis bayar. Saya pula perlu memperuntukkan hampir 500 sebulan untuk belanja dapur sahaja dan perlu juga hantar duit ke kampung setiap bulan kerana ibu bapa saya tidak bekerja dan tiada pencen atau sebarang simpanan. Suami saya setiap bulan bayar zakat pendapatan dan rajin bersedekah ke masjid, Aman Palestin, etc. Perlukah dia buat semua itu atau lebih perlu beri nafkah belanja kepada isteri dahulu? Saya memang masak setiap hari dalam seminggu walaupun saya bekerja. Penjelasan pihak Tuan amatlah saya hargai kerana saya takut hendak menyuarakan ini kepada suami kerana bimbang dia marah dan takut saya memberikan fakta yang salah mengenai nafkah.


message user image

Jawapan  

Tanggungjawab suami yang utama adalah memberi nafkah dan keperluan kepada ahli keluarganya. Oleh yang demikian seorang suami wajib mendahulukan pemberian nafkah kepada isteri dan ahli keluarganya dahulu berbanding perkara yang lain. Amalan menunaikan zakat pendapatan setiap bulan serta rajin bersedekah merupakan amalan terpuji yang menjadi tuntutan syara’. Bagaimanapun perlu diingat bahawa sebelum bersedekah keutamaan adalah pemberian nafkah terhadap keluarga dahulu. Tindakan mendahulukan sedekah kepada orang lain tetapi mengabaikan tanggungjawab nafkah kepada keluarga adalah satu kesilapan dan ia dilarang dalam Islam. Sekiranya telah ada ketetapan atau perbincangan berkaitan pengurusan perbelanjaan rumahtangga sebelum ini, mungkin puan dan suami boleh berbincang semula mengenainya jika puan mendapati ada keperluan untuk menyusun semula pengurusan perbelanjaan keluarga. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 123

message user image