BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Apakah hukum seorang anak yang malu untuk hulurkan nilai duit yang sedikit kerana hidup dengan sederhana kepada kedua ibu bapa, tetapi ditukar dengan sekadar duit untuk topup telefon ibu bapa sahaja sekadar yang mampu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tiada kesalahan untuk anak tersebut berbuat demikian, malah mendapat pahala juga kerana membantu dan berbuat baik kepada ibu bapa. Membantu ibu bapa boleh dengan pelbagai cara. Yang penting berbuat baik kepada mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (al-Israa' : 24) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 90

message user image