Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum tuan puan, Soalan saya, bolehkan saya bin kan anak angkat saya dengan nama Allah yang sebahagian dari nama penuh suami. Contohnya bin Abdul Hafiz sedangkan nama penuh suami Mohd Hafizzuddin. Adakah berpandukan JPN? Terima kasih atas penerangan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, boleh binkan anak angkat dengan salah satu daripada nama-nama Allah SWT seperti yang dinyatakan, sekiranya tidak diketahui nasab anak tersebut. Jika diketahui, maka tidak diharuskan. Firman Allah SWT yang bermaksud : “(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul”. (al-Ahzaab : 4) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.