BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Apakah hukum seorang suami beronani kerana tidak dapat menahan nafsu nya? Ini kerana isterinya tidak dapat melayannya atas sebab2 tertentu, cth sedang haid, tidak sihat, sedang berpantang, menopos atau sudah tidak bernafsu.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam keadaan isteri sebagaimana yang dinyatakan, hukumnya adalah harus. Begitu juga harus menggunakan kaedah alat-alat bantuan untuk tujuan hubungan kelamin dengan syarat; 1) Tidak mendatangkan kemudaratan dari segi fizikal ataupun mental sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. 2) Alat yang digunakan bukan dari bahan yang najis. 3) Hendaklah ada persetujuan bersama di antara suami dan isteri. 4) Digunakan untuk tujuan kebaikan bagi perkara yang diharuskan oleh syara’ sahaja. http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/168-hukum-menggunakan-alat-bantuan-untuk-tujuan-hubungan-kelamin Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (al-Nisa’ : 19) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 162

message user image