BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz, 1/ Sy seorang perempuan berumur 55 tahun. 2/Masih bekerja. 3/Sudah berkahwin. 3/Sy adalah anak angkat berketurunan Cina sejak dr kecil. Masalah sy ialah berdosakah sy dan bapa angkat sy kerana sy masih berbintikan bapa angkat sy sehingga sekarang. Bapa angkat sy dh meninggal 20 tahun lalu. Apakah yg terbaik yg perlu sy lakukan skrg?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan puan, dalam Islam sememangnya nasab anak angkat perempuan mestilah dibintikan kepada bapa kandungnya sendiri, sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah”. (al-ahzab : 5) Jika kebenaran telah diketahui adalah sebaiknya memperbetulkan keadaan semampunya bagi mengelakkan permasalahan lain berlarutan. Pertama perlu dipastikan pewarisan harta pusaka bapa angkat (anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka melainkan wasiat serta hibah), dan kedua adalah pewalian dalam urusan pernikahan, jika anak angkat adalah wanita, maka pernikahan tersebut mestilah mendapat kebenaran dari Mahkamah Syariah bagi urusan walinya. Disamping itu, hendaklah menjaga batas aurat dengan adik-beradik angkat lelaki kerana mereka bukan mahram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 61

message user image