BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Saya ada beberapa soalan untuk bertanya mengenai hukum najis: 1. Saya ingin bertanya mengenai najis berat. Beberapa minggu yang lalu, semasa saya pulang dari berkerja pada waktu malam dan ingin makan di kedai makan, saya terlihat seekor anjing di depan kedai jualan makanan bergoreng. Kebetulan ada lopak air di depan kedai makanan bergoreng itu. Kemudian anjing itu menjilat air di dalam lopak itu. Apabila hujan lebat kawasan sekitar kedai itu kebiasaannya akan banjir dan air akan bertakung. Persoalannya adakah kawasan sekitarnya dikira najis juga akibat banjir kerana air lopak itu mengalir keluar akibat hujan. Kawasan kedai itu merupakan tumpuan orang ramai kerana terdapat sekolah dan banyak kedai makan di sekitarnya. 2. Minggu lepas saya membeli makanan bergoreng di kedai yg sama (ada anjing menjilat air di dalam lopak seperti yang dinyatakan di atas) pada waktu tengah hari yang panas dan kawasan sekitarnya kering. Persoalannya setelah selesai membeli makanan saya merasakan ibu jari kaki kiri seperti basah namun tidak tahu mengapa kerana saya tidak terpijak air mahupun selipar saya bocor. Namun saya berfikiran positif dan kembali ke tadika untuk bekerja seperti biasa. Adakah saya perlu sertu kerana kawasan itu akan banjir ketika hujan lebat dan anjingnya telah lalu disitu. Jika perlu sertu, bagaimana pula dengan kawasan tadika dan rumah saya yang telah dipijak, murid yang saya telah sentuh, pakaian yang saya basuh, semua benda yang saya sentuh dan anggota badan saya sehingga hari ini. Mohon penjelasan. 3. Soalan ketiga. Terdapat najis hukmi di ruang tamu rumah saya di kampung. Kemudian kakak saya telah mengemop keseluruh lantai rumah dengan cairan pencuci lantai kerana tidak tahu ada najis hukmi di situ. Kebetulan saya tiada di rumah dan berada di universiti (semasa masih menuntut di universiti tahun akhir). Bagaimana dengan hukum najis di lantai itu yang telah dipijak oleh seluruh keluarga saya. Bagaimana pula jika ahli keluarga saya duduk di atas lantai itu kemudian masuk ke bilik tidur dan duduk pula di atas katil. Bagaimana hukumnya. Apa pula hukum jika tangan mereka menyentuh lantai tersebut dan kemudian menyentuh benda lain seperti alat kawalan jauh televisyen, suis kipas lampu, telefon bimbit dan sebagainya. Adakah kawasan yang disentuh semuanya akan bernajis. Bagaimana cara saya hendak menyucikannya. Saya segan hendak memberitahu kepada ahli keluarga. Saya merasakan seperti seluruh/satu rumah saya bernajis. Perkara ini telah lama berlarutan. Mohon pertolongan dari pihak tuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, 1. Tidaklah dikira najis pada sekitar kawasan umum yang menjadi laluan (manusia atau haiwan) seperti di jalan-jalan raya dan sebagainya. Tambahan pula apabila banjir (hujan) dan panas, kenajisannya telah hilang disebabkan keadaan tersebut. 2. Penjelasannya sama juga seperti di atas. Oleh kerana saudari sendiri tidak tahu bahawa jari kaki itu basah kerana apa, maka tidaklah perlu disertu. 3. Najis hukmi ialah najis yang telah hilang sifatnya. Justeru, ia tidak boleh berpindah kepada orang lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 322

message user image