BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Ustaz suami saya kerja di laut dan sering tertekan. Dan selalu bertengkar. 1- Pada suami pagi suami telah menghubungi saya lebih kurang 5pg. Dye memarahi saya kerana tidak tahan dengan kata2 dia. Saya meletakkan talian. Dia menghubungi semula dia memarahi dan mula berkata2 yang melukakan. Saya meletakkan ganggang sekali lagi. Dia mnghubungi balik dan terus berkata "Kalau kau letak call aku cerai kau" ataupun "Kalau kau letak call lagi aku cerai kau" (Begitulah rasanya ayat yang didengar sebab saya tengah menangis). Saya menangis dan terus menangis betul2 rasa kecewa semudah itu suami mengugut sering mengugut. Saya menangis dan merayu suami meletak kan talian. Adakah taklik akan berterusan ataupun hanya pada ketika itu. (Saya rasa hanya ketika itu dan suami marah kerana saya letak di tengah bercakap/marah) Saya juga lupa ayat sebetulnye antara 2 ayat dia atas. Saya pernah menghubungi seorang ustaz. Dan dia mnyatakan taklik itu adalah pada ketika itu. Dan selepas kejadian itu saya jika suami mnghubungi, saya akan meletakkan talian dahulu. tetapi baru2 ini jika suami bising saya akan mematikan talian seakan2 talian putus. Kerana tidak mahu burukkan keadaan. Tapi saya asyik rasa was2 dan risau. Asyik teringat kan taklik itu. Terus berfikir, menyebabkan saya berasa sangat tertekan 2) Taklik ke 2 ustaz. Suami telah menghubungi sy lebih kurang. 5.37pagi hari dengan keadaan talian rumah ibu saya. Saya tidak berapa dengar. Tapi bila dia mngamuk pagi itu dia mengatakan saya mengungkit. Dia memarahi saya dan terus berkata "Kalau kau ungkit lagi aku cerai kau" Selepas 5 minit dia memarahi saya dia sambung lagi" ingt lepas ni kalau kau ungkit jatuh terus (Kemungkinan ade ayat talak) dalam beberapa minit dia sambung kembali ayat "Tapi kalau aku terasa hati la baru jatuh" Saya begitu tertekan ustaz. Saya tidak faham. Maksudnya apa dikatakan jangan ungkit dari segi apa. Dia tidak menjelaskn kepada saya. Boleh lah ustaz bantu jelaskn kepada saya. saya pernah hendak keluar dari rumah kerana tidak tahan sikap suami yang sering menipu sy dengan menjalinkn hubungan dengan wanita lain semasa dia dinegeri lain untuk berkerja. Semasa hendak keluar suami telah meminta saya jangan keluar tapi saya telah meminta kepada suami dengan ayat saya seperti ini "Kalau berjumpe dia lagi jatuh talak atas saya." Suami menangis2 saya rasa dia ada kata okay ataupon menganguk. Adakah jatuh talak ustaz jika berjumpa atau berjumpa secara tak sengaja. Suami seperti tidak mengingati. Buat pengetahuan kami pernah bergaduh dan 1 talak telah jatuh ke atas saya, saya sangat tertekan suami tidak mengambil iktibar. Sejujurnya saya merasakan suami tidak mengetahui sejelasnya dimaksudkan taklik. Dan tidak dapat mengesahkan sendiri samada telah jatuh atau tidak. Kerana sering menggunakan ayat yang tak jelas (Macam ada perkataan yang tertinggal untuk menyatakan maksud) dan sering membuat ayat tergantung. Kerana kami selalu berhubung melalui call dan semasa dia sedang berkerja. Dengan keadaan diri dia di laut, minta pandangan ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Benar, berdasarkan kepada situasi yang dikemukakan, lafaz taklik suami adalah pada ketika itu sahaja. Maknanya, jika puan terus meletakkan call, sebaik sahaja suami melafazkan taklik : “Kalau kau letak call aku cerai kau” atau “Kalau kau letak call lagi aku cerai kau” maka, jatuhlah talak ke atas puan. Namun, bergantung kepada niat suami. 2. Bagi lafaz taklik “Kalau kau ungkit lagi aku cerai kau” dan “Ingat lepas ni kalau kau ungkit jatuh terus” merupakan lafaz taklik yang berterusan. Maksudnya, apa-apa perkara yang suami maksudkan sebagai mengungkit, jika puan langgar, maka jatuhlah talak ke atas puan. 3. Bagi situasi ini, lafaz yang berbunyi, “Kalau B jumpa dia lagi jatuh talak atas saya” tidaklah dikira sebagai talak, kerana ayat tersebut dilafaz oleh isteri, isteri tidak mempunyai hak ke atas talak. Hakikatnya, perkara berkaitan talak tidak boleh dibuat main-main atau terlalu mudah melafazkan talak, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثلاث جدهن جد وهزلهن جد النكاح والطلاق والرجعة Maksudnya : “Tiga perkara yang jika dilakukan secara bersungguh-sungguh akan jadi benar dan jika dilakukan secara gurauan (main-main) juga jadi benar iaitu nikah, talaq dan rujuk” (Riwayat al-Tirmizi) Bagi talak yang telah jatuh, puan dan suami hendaklah mengemukakan terus perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk rekod mengikut prosedur yang ditetapkan dan tindakan selanjutnya. Jika mahkamah mengesahkan hukum perceraian, maka puan wajib menjalani tempoh iddah yang disyariatkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 339

message user image