Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamulaikum... Ank saudara saya telah berkahwin..tetapi belum dapat anak ...masallah nya..anak saurada saya telah menbuat sebuat rumah atas tanah isterinya...diatas geran tanah tersebut nama anak saudara saya tidak ada...dalam hal ini..meraka telah berpakat dgn isteri nya ..isterinya buat bayar Rm 800. Dan anak saudara bayar Rm600 sebulam ..oleh hal yg demikian ditakdirkan meraka berdua ni ..telah berpisah..persoalan saya ..adakah anak saudara saya boleh menuntuk hak di atas rumah berkenaan.? Apa kah yg perlu anak saudqra saya lakukan.. Sekian saya amak berharap agar ust dapat menbantu saya dan anak saudara saya. Sekian terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, anak saudara tuan boleh membuat tuntutan harta sepencarian ke atas rumah yang dibina bersama. Rumah tersebut telah dibina dalam tempoh perkahwinan dan anak saudara tuan turut membuat sumbangan bayaran ke atas pembinaan rumah tersebut. Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat dengan membuat permohonan melalui Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.