Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya ada membuat pertandingan memancing. Saya menyediakan wang tunai untuk hadiah pertandingan untuk minggu ini. Hukumnya boleh. Soalan: saya dari kutipan yuran minggu ini di gunakan untuk membuat hadiah wang tunai mengunakan duit yuran perserta pada minggu lepas apa hukum nya... Adakah di kira dari duit perserta jugak Mohon penjelasan yang jelas
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Hukum asal pertandingan memancing adalah harus selagi mana mematuhi garis panduan syariah. (http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_peraduan_berasaskan_hadiah.pdf) 2. Sekiranya hadiah ditaja oleh pihak ketiga yang tidak termasuk pertandingan, maka ia adalah harus. 3. Sekiranya pertandingan tersebut mengambil yuran penyertaan bagi tujuan memberi hadiah kepada peserta, maka ia adalah haram kerana dikira sebagai Qimar (judi) dan bertentangan dengan konsep ‘Iwad (pulangan) iaitu hanya memberi manfaat kepada pemenang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.