BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan: salam ustaz/ustazah..maaf kalau soalan saya ni pelik, tapi tak tenteram selagi tak tahu. saya di sahkan mengalami major depresi dan major anxiety serta PTSD buat masa sekarang ni, baru sebulan on treatment dan di bekalkan ubatan..ada yang mengatakan saya tak dak iman dan terlalu negative sebab tiba2 boleh marah2 dan ikut hati kata mereka. saya cuba lebih mendekatkan diri dengan tuhan sebab orang kata Allah ja boleh buat benda tu (ya saya akui setiap perkara itu Allah saja yang boleh sembuhkan) tapi bila saya cuba baca quran ada ja macam ada suara dlm cakap mcm ni " ya ka Allah tu tak dak yg cipta dia" takutnya saya dengan benda ni, kadang bila saya cuba lawan dan baca tafsir quran, Allah time rasa berdosanya saya, sebab setiap ayat ada bisikan yang cuba pertikai, jadi saya cepat2 stop baca quran..berdosakah saya? boleh lari aqidah saya ke mcm ni? tak tenteram sangat jiwa saya, rasa sedih dan takut sangat2 Allah pula benci saya nanti sbb hati saya jadi jahat dengar benda yg cakap tu, macam mana saya nak lawan benda tu ya ustaz/ustazah..saya minta maaf kat Allah tpi dalam masa yang sama mcm ada ja bisik2 jahat dalam otak saya ni...sekali lagi saya minta maaf dengan soalan saya ni, harap boleh membantu saya..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, saudara bernasib baik kerana menyedarinya, untuk itu berusahalah seperti berikut : i. Lawan perasaan dan fikiran dengan ilmu pengetahuan secara bimbingan (berguru). ii. Teruskan buat rawatan doktor berpengalaman dan pakar rawatan alternatif. iii. Dekatkan diri dengan Allah SWT melalui amalan/ majlis ilmu. iv. Elakkan daripada bersendirian terlalu lama, lebih-lebih lagi memikirkan persoalan-persoalan yang tidak terjawab. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 82

message user image