BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya..mcam mana cara pembahagian duit zakat kwsp suami saya untuk saya sedekahkan kepada golongan asnaf..macam mne caranya saya ingin lakukan?banyak mana yang saya kena sedekahkan?cara pembahagian duit tu mcam mana?tu soalan saya. trima kasih ustaz


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakatnya sejurus menerima/ mengeluarkan wang KWSP tersebut. Rujukan fatwa : http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/172-bayaran-zakat-kumpulan-wang-simpanan-pekerja-kwsp-sejurus-pengeluaran-satu-alternatif Kaedah Pembayaran Zakat KWSP adalah seperti berikut: (i) Apabila menerima wang KWSP, seseorang hendaklah menunggu setahun bagi mencukupi haul barulah dikeluarkan zakat 2.5%; atau (ii) Apabila menerima wang KWSP, seseorang bolehlah terus mengeluarkan zakat 2.5% tanpa menunggu tempoh setahun kerana dikhuatiri wang tersebut akan berkurangan dari segi nisabnya yang tidak wajib dikenakan zakat lagi. (iii) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat KWSP kepada amil-amil atau penolong-penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Rujukan fatwa : http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2000-2004/127-fatwa-tentang-kaedah-pembayaran-zakat-kwsp Justeru, puan boleh pergi ke kaunter pungutan zakat yang berhampiran tempat tinggal untuk pembayaran zakat KSWP tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab pihak zakat untuk mengagihkannya kepada golongan asnaf yang layak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 107

message user image