Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum menjual barang dengan harga gram yg berbeza cthnya sekilo rm8.00 tetapi sy menjual 500gm dengan hrga rm5.00.adakah dikira berdosa tetapi pengguna dimklmkn
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, dalam Islam semamangnya tiada masalah memperolehi keuntungan dalam perniagaan. Semamangnya ia adalah modus operandi dalam berniaga. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Urwah RA, yang bermaksud: “Nabi saw memberinya 1 dinar untuk membeli seekor kambing. Namun oleh Urwah satu dinar itu digunakan untuk membeli 2 ekor kambing. Kemudian satu kambing dijual lagi dengan harga 1 dinar. Sehingga dia pulang dengan membawa 1 dinar dan seekor kambing. Lalu Nabi saw mendoakan keberkahan untuknya. Andai Urwah ini menjual pasir, dia akan mendapat untung. Dalam hadis ini, Urwah mendapat untuk berlipat. Beliau menjual salah satu kambingnya dengan 1 dinar, padahal dia membeli dengan 1 dinar untuk 2 ekor kambing. Sehingga dia untuk satu kambing. Dan Nabi saw merestui perbuatan Urwah, bahkan mendoakannya dengan kebaikan”. (Riwayat al-Bukhari) Perilaku yang dibuat pihak puan bukanlah mengurangi timbangan kerana yang dikatakan mengurangi timbangan adalah seperti menimbang 500 gram dengan harga RM 5.00 tetepi sukatannya hanya 450 gram. Perilaku ini adalah sangat dilarang dalam Islam. Sebagaimana Allah SWT berfirman: “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi”. (al-Mutaffifin: 1-3) Kesimpulannya, apa yang dilakukan pihak puan adalah harus melainkan ada unsur-unsur menipu dalam timbangan adalah yang paling dilarang. Di samping dalam perniagaan adalah unsur redha antara penjual dan pembeli. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.