BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya nk bertanya.. Saya baru bekerja di sesebuah company dan perlu travel ke luar office dan blh claim dengan company.. dari segi makan, hotel dan OT.. kawan sekerja saya membuat claim lebih.. contohnya kami bekerja cuma 2 hari tetapi dia claim 3 hari bekerja.. saya terpaksa ikut seperti yang di claim oleh kawan saya kerana kami bekerja bersama.. jadi hasil daripada claim yng tidak betul ini apa yang perlu saya buat? Adakah saya perlu sumbangkan kepada fakir miskin ataupun bolehkah saya gunakannya untuk membeli barangan yng bukan makanan.. Mohon pencerahan apakah cara yang betul untuk saya lakukan. Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, hukum membuat tuntutan lebih dari asal adalah haram kerana ianya melibatkan penipuan dan wang tersebut haram digunakan sama ada mahu membeli makanan atau bukan makanan. Sebaiknya wang tuntutan lebihan itu wajib dipulangkan semula kepada syarikat yang dituntut. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa : أن رسول الله ﷺ مر على صبرة طعام فأدخل يده فيها فنالت أصابعه بللا فقال ما هذا يا صاحب الطعام ؟ قال أصابته السماء يا رسول الله. قال أفلا جعلته فوق الطعام كي يراه الناس من غش فليس مني. أي من غش فليس على ديني الكامل. Maksudnya : “Bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan yang dijual lalu memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda : “Apakah semua ini wahai pemilik makanan?”. Lelaki itu menjawab : “Makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW”. Baginda bersabda : “Kenapa tidak kamu jadikan makanan yang basah itu disebelah atas agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari kalangan kami (bukan dari kalangan agamaku yang sempurna). (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 293

message user image