Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Saya ingin bertanya berkaitan soff solat jemaah bagi situasi corona virus. Kita difahamkan oleh jabatan agama islam selangor hanya imam , bilal dan siak sahaja menunaikan solat jemaah disurau atau masjid bagi memenuhi fardhu kifayah. Jarak makmum bagi bilal dan siak adakah dibolehkan untuk merenggangkan atau menjarakkan soff? untuk langkah berhati hati. Bagaimana menurut mazhab syafie?
Jawapan
Kedudukan saf antara imam, dan bilal ketika bersolat jamaah dalam situasi penularan wabak COVID-19 perlulah dijarakkan di antara satu sama lain. Mengambil kira sebagai usaha dan mengambil langkah berjaga-jaga hendaklah dijarakkan sekitar satu meter di antara jamaah yang ada apabila solat di masjid atau surau bagi yang bertugas. Dalam situasi COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia hendaklah patuh kepada arahan pemerintah agar tiada dilaksanakan solat jamaah di masjid atau surau. Pada masa sama hendaklah mengambil peluang ini untuk solat berjamaah di rumah bersama ahli keluarga masing-masing والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.