BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Tempoh edah bagi wanita yang bercerai hidup ialah tiga kali suci.Tetapi masalah sekarang sewaktu dalam edah tiga kali suci itu hanya dua kali sahaja period iaitu dua bulan selepas diceraikan, dan masuk bulan seterusnya period tidak datang berkemungkinan besar wanita ini telah monepose. Soalan saya, macam mana perkiraan edah bagi wanita tersebut yang hanya dua kali suci sahaja dan bulan berikutnya tidak lagi datang period, dan berkemungkinan besar dengan faktir usia 48 tahun wanita ini kemungkinan sudah putus haid? Satu lagi persoalan, andai kata wanita ini belum putus haid (mengikut pemeriksaan doktor), bagaimana pula cara pengiraan habis edah tersebut, adakah kena tunggu sehingga datang juga haid untuk cukupkan tiga kali suci walaupun memakan masa bertahun-tahun atau ada kaedah lain cara pengiraan edah tersebut. Sekian persoalan dari saya. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Bagi wanita yang masih didatangi haid dan tahu situasi perjalanan darah haidnya, tempoh idahnya tetap dikira 3 kali suci. Apabila haidnya tidak menentu dan seseorang wanita itu tidak dapat untuk membezakan perjalanan darah haidnya sama ada ia adalah darah haid atau istihadah, kiraan tempoh iddahnya adalah 3 bulan. Firman Allah SWT dala surah al Talaq : 4 yang bermaksud : “Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang berputus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.” Bagi memastikan sama ada seseorang wanita itu telah putus haid atau menopause perlulah berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan kepastian. Perkara ini juga boleh dilakukan dengan merujuk kepada sejarah tempoh menopause kebiasaan keturunannya terutama daripada ibunya. Seandainya wanita ini belum putus haid(mengikut pemeriksaan doktor), tempoh pengiraan idahnya adalah perlu menunggu sehingga dua kali suci ditambah satu bulan lagi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 354

message user image