BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum...Saya ingin dapatkan kepastian...adakah menanam rambut disebabkan faktor dahi yg luas (diwarisi secara genetik) dibenarkan dan termasuk dalam menutup keaiban? Apakah hukumnya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Islam pada asasnya membenarkan segala jenis perhiasan bagi menghilangkan aib pada tubuh badan manusia. Berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang mana pernah mengarahkan seorang sahabat yang kehilangan hidungnya ketika berperang agar dibuat kembali hidungnya menggunakan emas. عن عبد الرحمن بن طرفة، أن جده، عرفجة بن أسعد قطع أنفه يوم الكلاب فاتخذ أنفا من ورق فأنتن عليه فأمره النبي ﷺ فاتخذ أنفا من ذهب Maksudnya : Daripada Abdul Rahman bin Tarafah, sesungguhnya datuknya ‘Arjafah bin As’ad telah terpotong hidungnya ketika peperangan al-Kulab. Maka diambil daripada perak untuk dijadikan hidungnya namun ia menjadi busuk, maka Rasulullah SAW mengarahkan agar diambil daripada emas untuk dibina kembali hidungnya. (Riwayat Abu Daud) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan hukum menanam rambut di kepada. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: “Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagimana tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat.” Berdasarkan persoalan yang diberikan, sekiranya menanam rambut pada dahi yang luas (faktor genetik) bertujuan untuk menutup keaiban pada individu tersebut, maka hukum menanamnya adalah harus dengan syarat menggunakan rambut sendiri dan bahan-bahan yang digunakan mestilah suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 209

message user image