BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan mengenai hadas kecil. Saya ingin bertanya adakah selepas membuang air kecil kita perlu berdehem. Jika kita tidak berdehem sah kah solat kita. Sebab saya ada terbaca katanya kita perlu berdehem kerana ada lebihan air kecil. Jika saya sebagai seorang wanita tidak berdehem dan hanya mencuci seperti biasa fan selepas itu memakai pantyliner adakah sah solat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berdehem adalah salah satu cara untuk menghabiskan/ melawaskan air kencing bagi orang yang merasakan terdapat lebihan air kencing. Jika air kencing telah habis atau tidak berdehem tidaklah membatalkan solat dan sah hukumnya. Sah solat dengan memakai pantyliner yang bersih dan suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 274

message user image