BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan sy: (1) apakah hukum darah pd ikan, ayam, daging (yg dah mati dibeli dipasaraya) yg terpercik semasa menyiang dan membersihkannya di dapur utk dimasak adakah dikira najis? Atau ia dimaafkan ? Krn bg sy ia sukar. (2) ketika didapur, sy sedang mencabut insang ikan, terpancut darah ikan sebesar syiling scara x sengaja pada table top sinki. Table top sinki tu basah dgn takungan air sbb buat kerja dapur. Sy ambil air seteko dan curah keatasnya semampu sy dan air tu mengalir terus sampai ke bawah dan kena kaki sy. Adakah ia sudah dikira suci? Air sudah melimpah mmbasahi lantai bawah sinki (3) bolehkah mop lantai dirumah yg ada tahi cicak? Kdg2 kita x perasan, dah mop baru nmpk (4) sy seorg yg was was dan sering berulang2 difikiran sy. Jika sy abaikan persoalan sy spt contoh dlm soalan2 diatas, adakah dikira berdosa kerana melakukan perbuatan yg salah dan x bersuci dgn betul ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Darah tersebut adalah najis. Justeru hendaklah dicuci kawasan yang terpercik darah ikan/ ayam/ daging tersebut. Adapun, setelah menyiang dan mencuci, darah tersebut terpercik juga ia adalah dimaafkan. 2. Ia dikira suci setelah tiada lagi ‘ain, warna dan rasa najis tersebut. justeru limpahan air tersebut hendaklah dilap sehingga kering. 3. Boleh mop lantai jika tidak perasan ada tahi cicak, selepas itu basuhlah mop tersebut dan buanglah tahi cicak itu. 4. Beberapa catatan ulama’ telah mengesyorkan untuk menghilangkan penyakit was-was ini antaranya; a. Mengambil sikap tidak peduli, iaitu dengan membiarkan perasaan was-was tersebut. b. Bersabar dan terus mencuba menghilangkan was-was. Mereka yang ditimpa penyakit was-was ini sebenarnya sedang diuji, iaitu ujian menentang syaitan. c. Mempelajari tatacara ibadah yang sahih. Dengan mempelajari ibadah yang sempurna dapat membantu menghindari penyakit was-was ini. d. Sentiasa memohon perlindungan Allah SWT. Ini kerana bisikan syaitan sentiasa menyebabkan perasaan was-was kepada manusia. Perlindungan daripada Allah SWT teramatlah penting dalam usaha mengekangnya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Fussilat : 36) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 284

message user image