Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: saya pergi ke suatu tempat dengan kawan saya kami melihat anjing yang sedang makan.anjing itu mengeluarkan makanan yang sudah di makan nya dan kawan saye memijak makanan tersebut selepas itu kami balik menaiki moto. apakah tempat pemijak kaki di moto itu bernajis
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, oleh kerana nampak sendiri kawan tersebut memijaknya, maka tempat pemijak motor tersebut juga bernajis. Hendaklah disertu bagi menghilangkan kenajisannya. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda; طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ Maksudnya : “Sucinya bekas air seseorang di antara kalian jika dijilat anjing adalah dengan dicuci sebanyak tujuh kali, permulaannya dicampur dengan tanah.” (Riwayat Muslim) Cara menyucikan najis anjing: 1. Buang najis terlebih dahulu. 2. Basuh tempat yang terkena najis anjing itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja). 3. Bilas dengan air biasa yang suci sebanyak enam kali. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.