Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Saya Mustakim Hamidun, berkhidmat sebagai guru tahfiz. Izinkan saya bertanya 2 soalan iaitu: (1) Apakah hukum bagi seseorang murid perempuan yang uzur (datang haid) memegang, membaca, menulis (tahriri), mengulang (muroja'ah), menghafaz al-Quran dan belajar al-Quran ketika ia uzur? adakah diberi kelonggaran dalam keadaan-keadaan tertentu terutama zaman belajar ini? (2) Ketika peperiksaan (exam) al-Quran, apakah hukumnya bagi murid perempuan yang uzur menyentuh ayat-ayat al-Quran di kertas peperiksaan? -Adakah dibolehkan murid tersebut memegang al-Quran, dan mengulang (muroja'ah) al-Quran ketika minggu peperiksaan ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, adalah harus bagi pelajar atau guru al-Quran sewaktu proses pembelajaran/ peperiksaan dan seumpamanya berbuat sedemikian dalam keadaan haid. Dengan syarat mengulang yang telah dihafaz sahaja. Sentuh ayat al-Quran ketika uzur tidak boleh. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci” (al-Waaqi'ah : 79) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.